Saturday, May 21, 2011

dilema seorang pelajar final sem

Aku paling malas nak jumpa orang masa final sem. Sebabnya....mereka ini sangatlah mengambil berat tentang diriku....aku pun tak sure, ambil beratkah atau bz bodykah, tapi aku cuba untuk fikir positif...wah gitu kan...Aku tak kisah nak jumpa saudara mara, tapi aku rasa cam lemah je kalo depa dok tanya...lepas ni kakak nak kerja pe ? haiyooop....soalan paling aku benci di abad ini. Bukan pe, aku bukan tadek cita-cita. Ada...karang kalau aku cerita apa yang aku nak karang, cakap aku berlagak. Tapon cakap aku berangan. Ok ok...korang nak taw gak ke ? Ok aku citer...p jangan cakap aku berlagak, sebab memang aku taw angan-angan dan cita-cita aku ni besar....

Nak kerja pe ? Ekceli, aku sangatlah minat dalam bidang training and development. Best gilew kalu aku dapat jadi macam HM Tuah Iskandar ataupun Dato Fadzilah Kamsah. Siyes aku sangat suka. Sebab seronok jual air liur...erk...masyuk banyak...wah gitu kan. Mata duitan rupanya. Takdela mata duitan sangat, tapi memang aku minat benda-benda ni. Masuk hutan keluar hutan, buli bebudak  masa kat kem, pastu teriak-teriak, buat dorang benci, pastu wat dorang nangis masa tym recall....banyaklah yang berkaitan dengan kem. Memang dari kecik, aku suka pergi kem. Paling tak leh blah, aku suka bercakap. Dan aku tak boleh pegang mike, kalau aku pegang benda alah tu, wah dah panjang lebar plak ceramah aku, kalah penceramah jemputan. Baiklah. 

Pastu...bila dah agak-agak kaya, aku nak pakai kereta Ferrari. Tapon Lancer pun ok. Ok ok...aku sokong buatan Malaysia, proton inspira pun kira okeylah kan. =P




Rumah ? Ni tayah tanya banyak, nanti korang pening kepala, aku nak rumah bentuk cake. Ada lilin tiga batang macam menara. Rumah tu bentuk bulat, ye lah kata kek. Tiga tingkat, ada lif. 

Tu semua anganan aku...nak dengar ke ? Kalau aku cite benda ni semua kat sape-sape yang tanya aku, aku tataw la apa yang depa cakap kat aku dalam hati. Ntah mengutuk, ntah puji. Tu yang aku malas. Sebab aku pun sometimes tak yakin dengan benda-benda ni, saje je, nak berangan-angan kejap. 

So, bila depa dok tanya aku nak kerja apa....aku akan jawab dengan penuh selamba tanpa rasa bersalah...

Nak berniaga kat pasar malam. Dan...dorang akan tercengang-cengang, mesti tanya...ko belajar tinggi2 nak berniaga pasar malam je ? Aku jawab, haah. Boleh kaya. Dorang akan jawab, kalau ko nak berniaga pasar malam baik ko tayah belajar tinggi-tinggi. 

Hahahahahaha.........memang aku sengaja jawab cam tu, sebab aku malas nak jawab soalan-soalan tu semua. Sekarang ni kerja payah. Aku tak memilih. Tak kisah pun kerja pe. Gaji sikit pun tak pe lah, sebab aku sedar aku tadek experience. Kebanyakan kerja pun nak tengok experience, but me..zero experience...so how? Aku terima seadanya. So tayah tanya aku, nak kerja apa, nak pakai kereta apa, nak beli rumah bila...n paling best kalo tanya nak kawin bila, aku akan jawab...esok....esok...dan esok...sampailah hari yang aku betul2 kawen...=D

MAHARAJA LAWAK Minggu 8






mesti ramai dah tengok maharaja lawak minggu lapan kan. aku yang tido awal malam tadi, tetiba tak leh tido, boleh plak bangun p tengok maharaja lawak ni. baiklah. dan sekarang rasa sangat mengantuk, sebab dari tadi lom qadar tidur. dah la bangun awal. huhu.

aku tamo upload suma, sebab aku taw, ramai dah tengok kat you tube. bloggers lain pun dah ramai yang upload kat blog masing-masing. aku nak upload r2 je, sebab aku tetiba cam suka ngan r2. ye ye, aku memang suka jozan, tapi kali ni, r2 ni mampu wat aku gelak gak. kiranya minggu ni yang wat aku gelak tertahan2 sebab pepagi buta aku dok tengok benda alah ni jozan n r2. n yang wat aku dok ulang dua tiga kali, r2. hehe...sebab aku rasa cam bengang gile je ngan orang gile tuh. pergh menjadi la plak dia kenakan orang...hahaha, sampai ngan aku ni sakit ati ngan dia. haha...

r2 ni diundi masukkan. u all mesti tahu pasal tu kan. dia gagal, dan dia tampil kembali, dan dia tidak tampil dengan kegagalan tapi dia tampil dengan kejayaan. tamo puji lelebih, sebab aku rasa suka ngan r2. apa yang aku nak sampaikan....kadang2 kegagalan kita akan menghasilkan kejayaan yang lebih besar dan lebih hebat daripada orang lain. 

ada orang takut pada kegagalan. kegagalan tu bukan bermakna masa depan kita dah gelap. tak. kegagalan tu bermakna bermulanya langkah kita untuk sebuah kejayaan. sebab... bila kita gagal, banyak yang kita belajar sebenarnya. jatuh bangun itu benda biasa untuk menuju puncak. sama macam masa kita pandai berjalan. tadeknya keluar perut mak, terus leh berlari, panjat pokok, panjat gunung pacak bendera malaysia. tak. kita bermula dengan meniarap, merangkak, belajar berjalan...kadang2 jatuh, terhantuk, pastu kita nangis sebab sakit, tapi kita bangun balik, nak jugak jalan. kalau masa mula-mula kita langkah perlahan, tapi bila dah terer, langkahan semakin laju dan boleh berlari. pastu dah berani angkat kaki sebelah. angkat kedua belah kaki pun berani. kita melompat setinggi yang termampu. kadang-kadang jatuh tergolek. tapi waktu tu kita seolah tak pernah kenal erti putus asa.

bagusnya sikap tu. sikap yang tak kenal erti putus asa. tak takut pada kegagalan. berani gagal. tapi hari ni, kita kurang ada sikap tu. seeloknya, buanglah jauh-jauh takut gagal. beranikan diri untuk gagal, sebab...kegagalan itu merupakan pintu kepada sebuah kejayaan. 

kadang-kadang kita terlalu memikirkan kegagalan, padahal kejayaan  itu lebih indah untuk difikirkan dan dibayangkan. =D

I'm newbie

ok...nak jugak cakap diri sendiri newbie, sebab baru je aktif berblog beberapa minggu yang lalu...=D
kalo ada masa, suka gak bw, tapi....bila aku nak click link kat situ...aku nak bukak la kat new tab, sebab aku lom lagi abis baca entry kat situ, n aku lom puas lagi lepak2 kat blog tu...tapi kan, bila aku right click, ada certain blog yang memang disable kan right click...huhuhu....

ye, aku taw, korang tamo bg orang copy paste korang nye entry...p aku bukan nak copy paste, juz nak open link in new tab...tp kalo yang dah diasble tu, terpaksa la aku tinggalkan blog dia untuk bukak link tu, kalu rajin baru aku patah balik...erk...

ok ok...mungkin bagi u all...pe de hal kan...tapi tu la, mungkin ada kawan-kawan yang taw camana aku nak bukak link tu tanpa ganggu keseronokan aku nak lepak kat blog tu...erk...

OFFICE MANAGEMENT COURSE - gelap masa depan

yeah...aku tahu aku akan kena marah oleh para pelajar OM...oh oh maafkan saya..ampun dik...bukan akak cakap, tu orang lain cakap....akak ulang balik pe yang dorang cakap je....hukhuk...jangan salahkan saya...

aku cuba cari kat tenet ni, tapi aku jumpa ni je kat SINI...mungkin sebab aku tak buat kajian mendalam kot...wah gitu kan....ok ok...tu bukan ceritanya...kisahnya begini...seorang adik....dapat course OM kat UiTM...pastu rasa berbelah bagi dan risau semacam je, sebab katanya, kawan dia cakap amik course ni, tadek kerja..erk i mean, peluang kerjaya tu kurang..cam tu la lebih kurang..sejauh mana kebenarannya, aku tak tahu...tapi apa yang aku nak sampaikan begini...

kalau dah rezeki tu kan, tak kisahlah dik, kita belajar apa pun...mesti akan ada kerja. tak perlu nak risau-risau fikir kerja. sekarang dah dapat tawaran, terima tawaran dan belajar je sampai dapat keputusan yang cemerlang. soal kerjaya ni nanti baru fikir, sebab sekarang ni awak cuma perlu belajar. nanti nak pk pasai kerjaya ni, part 6 ye. baguslah kalau dah ada dalam otak nak kerja kat mana-mana, tapi kalo dok ada dalam otak amik course ni tadek keje tu...yang effect tu...effect apa ? effect diri awak le. nak belajar dah tadek mood, sebabnya, alah kalo aku bagus pun, nak keje pe....

jangan risau kerja tu ada. kalo dah rezeki tu, yang tak sangka-sangka pun boleh jadi milik kita. dan paling penting, tak semestinya kalo kita amik course tu, kita akan kerja dalam bidang tu. berlambak je manusia yang amik course lain, kerja bidang lain. cam abang angkat aku, amik sains sukan kerja kat imigresen. baiklah. pastu kawan aku lagi, abang ipar dia, amik engineering, tiba-tiba kerja kat hotel. baiklah jugak. so tadek istilah tadek kerja. kerja melambak je, tinggal nak ngan tanak je. 

so adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran tu, jangan menyesal dengan pilihan yang anda lakukan. teruskan melangkah ke hadapan, jangan menoleh kebelakang lagi. dan untuk semua adik-adik yang mendaftar esok di UiTM....gud luck....=D

o ye...jom join ni...click SINI k.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....